Hari yang baru, Ahad, 5hb. ogos, 2007.
Alhamdulillah, Allah S.W.T. masih memulangkan roh saya agar dapat lagi saya bernafas selepas tidur malam tadi. Ramai dikalangan kita yang jarang memikirkan bahawa kita mungkin tidak bangun dari tidur setiap hari (termasuk saya). Kerapkali kita lupa bahawa nyawa kita bukan nya hak kita tetapi ianya dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Dia adalah pemilik mutlak apa yang ada di alam semesta. Kebiasaannya kita sebagai manusia yang lemah, kita sering lupa hakikatnya kita ini peminjam dan bukan tuan punya! Memang kita tak tahu malu (termasuk saya). Kita sentiasa bongkak dan takbur serta taksub pada kesedapan dunia. Berapa keratkah diantara kita yang sentiasa berfikir waktu pagi kita tidak lagi boleh membuka mata? Badan kita menjadi sejuk dan kejang. Maksud saya bukan pengsan tapi mati. Meninggal dunia. Wafat. Mangkat. Mampus. Kojol. Semuanya bermaksud yang sama tapi digunakan mengikut keadaan dan darjat manusia lah kononnya!!!! Saya mengingatkan pada semua dan diri saya sendiri agar kita insaf hakikat mati ini. Tidak ada notis dalam bentuk apa pun kecuali alamat-alamat yang maut kita akan menjemput. Terpulanglah pada amalan kita bagaimana kita mentafsirkan alamat-alamat ini.
Sekarang biar saya sambung cerita saya.
Adil lah sekiranya saya menyebut di sini bahawa tidak semua jiran atau orang-orang kampung yang memandang rendah pada saya dan keluarga saya. Ada juga insan-insan yang baik hati serta bersimpati pada keluarga saya. Ada kalanya kami juga dapat menikmati makanan yang mereka sedekah pada keluarga saya. Kadang-kadang kami juga menerima "derma" baju-baju terpakai. Sebenarnya kami bersyukur apabila menerimanya walau pun apa yang kami harapkan hanya simpati dengan apa yang kami hadapi.
Izinkan saya menyebut beberapa nama yang orang-orang ini sedikit sebanyak ada perasaan simpati pada kami :-
1. Arwah Mak Uda Pungut - saya tidak tahu nama sebenar Arwah. Saya hanya dapat serkap jarang yang nama itu mungkin diberi kerana Arwah suka mengambil anak angkat. Bukan sahaja manusia malah kucing pun boleh jadi anak angkatnya (macam saya la kot). Arwah juga adalah mantan Bilal di kampung saya. Pernah Arwah meminta ibu saya menjadi muridnya dan mengambil tempatnya kelak tapi ibu saya menolak atas banyak sebab yang tidak mahu saya tuliskan lebih lanjut. Saya rindu Arwah yang mempunyai perawakan lemah lembut. Saya mempunyai banyak cerita yang menyentuh perasaan tentang Arwah yang akan saya ceritakan bila sampai waktu nanti. Saya berdoa agar Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatehah. Amin.
1. Arwah Mak Uda Pungut - saya tidak tahu nama sebenar Arwah. Saya hanya dapat serkap jarang yang nama itu mungkin diberi kerana Arwah suka mengambil anak angkat. Bukan sahaja manusia malah kucing pun boleh jadi anak angkatnya (macam saya la kot). Arwah juga adalah mantan Bilal di kampung saya. Pernah Arwah meminta ibu saya menjadi muridnya dan mengambil tempatnya kelak tapi ibu saya menolak atas banyak sebab yang tidak mahu saya tuliskan lebih lanjut. Saya rindu Arwah yang mempunyai perawakan lemah lembut. Saya mempunyai banyak cerita yang menyentuh perasaan tentang Arwah yang akan saya ceritakan bila sampai waktu nanti. Saya berdoa agar Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatehah. Amin.
2. Arwah Mak Jarah - Arwah agak pendek (macam dua tiga orang kat ofis I tu). Boleh dikira dari kalangan orang yang senang. Rumah besar dan mempunyai anak yang ramai. Suaminya, Pak Kassim berketurunan India Muslim. Takdirnya, Pak Kassim dirompak dan dipukul serta dicekek hingga mati di dalam kebun pisang sewatu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menutup kedai makanan kepunyaannya. Ini berlaku lebih kurang 15 tahun yang lalu. Saya pernah bertunang dengan cucu Arwah tetapi tidak kesampaian. Putus tunang di tengan jalan. Putus harapan, putus segala-galanya (nasib baik tak putus nyawa). Kalau tak mesti I dapat rumah besau dia kat kampung I tu. Doa saya juga Allah S.W.T. mengangkat roh Arwah dan suaminya dikalangan orang-orang soleh dan solehah. Al-Fatehah. Amin.
3. Arwah Mak Dollah - Arwah pompuan tapi panggil Dollah. Tak tau kenapa. Arwah diserang angin ahmar dan menderita terbaring dikatil agak lama sebelum pulang ke Rahmatullah. Semoga beliau beradadi tempat yang baik di sisi Allah S.W.T. Al-Fatehah. Amin.
4. Mak Mon Umau (ejaan Omar tapi orang Melaka huruf R tukau jadi U secara otomatik). Mak Mon kecil orangnya (dari segi tubuh badan dan ketinggian). Seingat saya dia merokok dan gemar mengunyah bunga cengkih. Kadang-kadang saya disuruh cuba mengunyahnya tapi saya dapati ianya pedas dan tak sedap! Tapi bagi Mak Mon, ianya sedap. Dari seorang isteri mak Mon menjadi seorang balu apabila Pakcik Umau meninggal dunia secara tiba-tiba. Saya masih ingat melihat beliau pada waktu pagi tetapi tengahari berita kematiannya samapi ke telinga saya sewaktu di sekolah. Sesungguhnya nyawa kita ini rapuh lah. Jadi, kita kena sedar yang Malaikat Izrael sentiasa ikut kita. Jangan buat jahat macam ramai orang kat ofis I tu. Pangkat besar tapi JAHAT macam setan (P.Ramlee kata). Ingatlah bahawa pangkat, nama, harta, duit, bini, laki, anak kita tak dapat tak bawak masuk dalam kubur hoi! Saya mendapat tahu bahawa Mak Mon telah tidak lagi tinggal di rumah lamanya yang mengadap tanah perkuburan Jalan Durian Daun dan secara kebetulan mengadap kubur Arwah Pakcik Umau.
5. Makcik Keling - nama dalam surat beranak dia ialah Bawiyah tapi agaknya pasal dia hitam hampir warna arang batu, dia disumpah menjadi Keling. Tapi dia sudah biasa dengan nama itu. Cuma Arwah ayahnya sahaja yang memanggilnya dengan nama Bawiyah! Dia adalah anak Arwah Mak Dollah. Dia nie macam M. Kumaresan tau. Handal naik basikal. Makcik keling selalu membawa kangkung air apabila datang ke rumah saya sewaktu beliau tinggal di Padang Jambu. Itulah juga lah yang selalunya menjadi hidangan lauk saya dan keluarga . Setiap kali beliau ke pasar ibu saya selalu menumpang beli dan apabila tidak disuruh pun jika dia ternampak ikan atau udang longgok yang murah, dia akan terus membelinya untuk kami (ibu akan membayarnya semula lah kerana dia pun bukan kaya, cuma suka menolong aje).
6.Mak Pipah - Bermuka serius, garang dan kalau cakap tu lepas aje (orang sekarang panggil mulut tak ada insuran la) tapi hatinya baik. Saya rasa dia adalah orang yang terkaya di kampung saya. Rumah dan tanahnya besar. Buat masa ini dia adalah orang yang tertua di akmpung saya yang masih hidup. Umurnya saya rasa tidak kurang 90 tahun tetapi masih kuat lagi. Jika saya berjumpa dia nanti, saya akan tanyakan umurnya sekarang. Saya pasti dia tak akan menyembunyikan umurnya yang sebenar tak seperti sesetengah artis malah orang biasa pun suka menipu umur. Macamlah kalau tipu tu, tarikh mati kita boleh dilambatkan! Bodoh punya pemikiran. Jangan jadi macam itu. Mak Pipah masih lagi tinggal di rumah besarnya itu bersama anak perempuannya, Maziah yang setahun lebih tua dari saya tetapi Allah belum memberinya jodoh.
7. Mak Ros Mat Tonia - Saya rasa Mat Tonia tu nama ayahnya. Dia ni lawa tau, macam orang puteh. Anak-anak dia pun lawa juga. Dia kawan baik ibu saya. masih lagi baik pekertinya seperti dulu.
Semua nama-nama di atas adalah beberapa insan yang seingat saya ada juga membantu atau sekurang-kurangnya simpati dengan apa yang kami lalui. Sekurang-kurangnya kami tahu ada juga insan yang berhati mulia. Saya tidak dapat membalas jasa mereka tetapi saya panjatkan doa ini ke hadrat Allah S.W.T. :-
"Ya Allah, kau balas lah mereka yang telah membantu kami sekeluarga dengan balasan yang sebaik-baik balasan. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan pemberian dan pembalasan kepada hambaMu" Amin.
Cerita saya akan disambung lagi. Salam.

No comments:
Post a Comment